Tuesday, March 31, 2009

sungguh busannnn

nape la aku rasa sungguh busannnn mgu ni..cam malas jer nak keja..psssttt padahal tiap2 mgu rasa malas pun...kihkihkihkih..cam ner nak bagi aku rasa rajin yer..any suggestion????

10 Hadiah Allah Di Dunia

Kehidupan orang -orang bertakwa sangat indah dan penuh keberuntungan. Di dunia ladi Allah telah janjikan pelbagai 'hadiah', sebagaimana digambarkan-Nya di dalam Al-Quran:

  1. Sentiasa mendapat petunjuk
  2. Diberi penyelesaian daripada masalah
  3. Dipermudahkan segala urusan
  4. Mendapat rezeki dari sumber yang tidak terduga
  5. Dikasihi Allah (dengan itu turut dikasihi malaikat dan manusia)
  6. Mendapat keberkataa dari langit dan bumi
  7. Mendapat keselamatan, pertolongan dan perlindungan daripada Allah
  8. Mendapat kemenangan
  9. Terpelihara daripada tipu daya musuh
  10. Diberikan 'furqan' (petunjuk untuk membezakan yang benar dan salah)

Monday, March 23, 2009

Chuppa chup..yummy..yummy

Last weekend, selepas aku sekeluarga membazirkan masa di tengah panas terik konon2 tgk Pameran Belon Panas kat Putrajaya yg betul2 hampes...x sampai setengah jam kami kat sana, maka dengan hati yg geram kami blah pegi Mid Valley. Sampai sana, cam biasa ler pegi carik stroller MidValley, nak lelak Addin. X larat woo nak dukung dia sepanjang masa, silap2 leh patah pinggang. nak dibiar berjalan lak, takut nanti tak terkejar lak. sib baik ler ari tu ada free lak stroller kat situ, so dpt ler kami 'ikat' Addin kat benda tu. Masuk JJ, dia dah mengamuk nak turun. nasib baik kat cashier tu ada jual Chuppa Chup, apa lagi bagi dia makan, trus diam x terkata. abis comot, belengas satu badan. lantak ler, janji dia diam dan kami dapat bershopping..hehehehehe

Aksi-aksi Addin melayan Chuppa Chup..










PETUA HARI INI

aku tensen btul semenjak 2 menjak ni...beras umah aku tu diserang kutu @ bubuk. aku x tau ler petua ni berkesan ke tidak, baru try ni....

Kurangkan Kutu Beras (Bubuk)
Petua 1 : Ambil daun limau nipis dan masukkan ke dalam beras yang disimpan. Selepas itu alaskan selapis lagi dan taruhkan beras diatasnya. Buat beberapa lapis. Hasilnya beras anda tidak lagi diserang bubuk.
Petua 2 : Masukkan beberapa tangkai cili kering dan serai ke dalam bekas beras. Beras tidak akan berkutu sebaliknya berbau wangi.

Sunset at Morib


nice view of Morib's sunset
Sabtu, 21 Mac 2009, aku sekeluarga + siti sekeluarga + kak long sekeluarga + kudin pegi majlis cukur jambul anak sedara aku (anak Suha), Syaza Rakha Binti Suhardi kat Kampung Batu Laut, Banting...umah kakak ipar aku ni....kitorg smpi lbh kurang kul 5.30 pm.majlis lak start malm, so lepas makan kitorg chow ar. x der la nunggu smpi mlm..jauh wooo nak balik KL.tingin gak nak tgk adab org jawa buat cukr jambul ni, tp keadaan x mengizinkan.On d way balik, singgah kat Pantai Morib, masa tu dlm kul 7pm. tapi kejap jer melepak kat sana, mana boleh lepak lama2 waktu maghrib, org tua2 marah. ada ler pantang larang dorang tu. snap gambar 3 4 keping, kitorg blah ar...sampai umah lbh kurang kul 9.30 mlm. dah tu lak, masa kat Banting tu, dorang ada bekalkan nasi. 'adat org jawa' kata abang aku. tp kan, tekak aku kurenggg la ngan masakan dorang ni. so aku tambahkan dgn menu lain iaitu budu + kerdas..sedap wooo..sambil layan AF...hehehehehehe


lepak jap..apa agak nyer yg Sarah cari tu?????



Different view...

Addin ngan xtvt nyer...hehehehehe

Friday, March 20, 2009

Party Nasi Kerabu

Hari ni, kitog kat CCD ni berparty sempena bos x der...huhuhuhuhu...n i'm the chief on dat day....sungguh x aku sangka..x penah2 aku masak nasi kerabu...tut..tup hari ni aku berjaya menghidangkan nasi kerabu kat suma....Kak Nita ler asyik duk suh aku masak nasi kerabu..risau gak kot x menjadi..pegi mintak resepi ngan Kak Teh. Mlm tadi aku godek2 sdiri resepi tu...fussss...sib baik menjadi....


RESEPI NASI KERABU KELATENESES by aku sdiri..hehehehehee

** sukatan ikut suka jer..belasah jer

Nasi
  • Beras
  • Bunga nasi kerabu...klu x der pakai pewarna biru jer
Sambal kelapa
  • Kelapa parut
  • Bawang merah
  • Bawang besar
  • Lada Besar
  • Serai
  • Ikan
  • Gula Melaka
  • Gara
Sambal Tumis
  • Santan
  • Bawang Merah
  • Bawang besar
  • Halia
  • Cili Kering
  • Serai
  • Asam keping
  • Gula Melaka

Budu
  • Budu
  • Cili Padi
  • Limau nipis
Sambal
  • Cili padi
  • cuka makan
  • gula
  • air
Ulam
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Daun Samak (aku x tau org panggil apa, tp kat kg aku ni ler nama nyer)
  • Daun selum (klu ikut resepi sebenar, daun ni x der, tp sebab nak byk'n ulam, aku masuk jer)

Tambahan.

  • Telur masin
  • kerepok goreng

cara-cara

  1. Nasi dimasak mcm biasa, cuma tambahkan perwarna jer.
  2. Kelapa parut digoreng tanpa minyak, dengan api perlahan sampi garing..kekuningan tp jgn hangit lak, past tu tumbuk sikit kelapa tu bagi hancur
  3. Ikan direbus dan dicarik halus, buang tulang tau
  4. Bawang merah, bawang besar, serai, gula melakadiblender (malas nak tumbuk) bersama.
  5. Campur kesemua bahan2 tadi, letak garam dan gaul rata. Klu kite blender bahan2 tadi, dia akan jadi sedikit basah. so , kite just panaskan dlm kuali. bagi sambal kepala ni kering sedikit.
  6. Bawang besar dan lada besar dihiris nipis, dan taburkan ke atas sambal kelapa tadi
  7. Untuk sambal tumis lak,blender bawang, halia, cili kering dan tumiskan dengan minyak sikt jer.
  8. tumis sampai garing, masukkan serai, gula melaka, asam keping, santan dan teruskan memasak sampai pecah minyak.jgn lupa letak garam lak.
  9. Untuk budu, potoong cili padi, perah limau nipis jer.
  10. Cili padi,cuka makan, gula, air diblender utk dijadikan sambal.
  11. Hiris halus kesemua bahan ulam dan digaul bersama. klu suka leh tambah ulam2 lain lagi.
  12. dah siap

    lupa lak nak snap gambar awal2....bila dah tinggal separuh baru teringat











Thursday, March 19, 2009

The Memories....New Born

ADDIN MIKHAEL BIN ZAMRI
Cahaya mata kami...dilahirkan secara normal with fosex at Pertiwi Maternity on 28th August 2007. Berat masa lahir 3.95kg, patut ler susah benar nak kuar, besar rupa nyer.Niat di hati nak tunggu 31 August, tp baby dah x sabar nak tgk dunia.yang kelakar nyer, 24 hb tu aku dah siap kena tahan wad, konon2 dah nak bersalin ler.tp 2 hari duk makan minum kat hospital, x gak rasa sakit nak bersalin. last2 dr. suh balik umah..balik umah siap g jalan2, makan2..last skali makan mangga. terus rasa sakit perut. pegi hospital kul 12.00 mlm..masuk labour room kul 4 pg, tp kul 1.30 ptg baru bersalin. igt kan dah abis kat situ, rupa tidak, aku bleeding la plak.dr cakap darah x benti kuar, dah satu baldi. mak ai, byk nyer darah aku kuar. en. somi dah risau, dr. masukkan 7 pain darah..ntah darah sape2 ntah masuk dlm badan aku.huhuhuhuhu...3 hari kat hospital, past tu leh balik umah ngan baby.....Rasa cam x caye jer aku dah bergelar mama,

27 Perkara Menyebabkan Jadi Papa

  1. Bermudah-mudah dengan sembahyang...
  2. Menyeru ibu bapa dengan pangilan namanya..
  3. Meninggalkan doa untuk ibu bapa...
  4. Berjalan dihadapan guru...
  5. Cepat keluar bila masuk masjid...
  6. Berbohong...
  7. Banyak bercakap kosong...
  8. Pemalas...
  9. Banyak tidur...
  10. Bermudah-mudah membazirkan makanan...
  11. Selalu makan ketika hadas besar...
  12. Membazirkan harta dengan tidak menentu hala...
  13. Berpagi-pagi minum di kedai kopi...
  14. Bersifat bakhil...
  15. Sentiasa tidur telanjang...
  16. Lambat pulang apabila keluar tidak bersebab...
  17. Menjahit pakaian di badan...
  18. Selalu memakai seluar sambil berdiri...
  19. Tidak membasuh pinggan selepas makan...
  20. Selalu membasuh tangan dengan tanah...
  21. Sentiasa bersisir dengan sisir yang patah...
  22. Selalu menulis dengan qalam yang patah...
  23. Membiarkan labah-labah di dalam rumah...
  24. Membiakkan binatang yang halus di dalam rumah...
  25. Menyapu sampah di waktu malam...
  26. Hembusan nafas untuk memadamkan lampu/api...
  27. Selalu membakar kulit bawang...

The Memories.....Life Begin

ZAMRIEDADDIN


emmmm...means ZAMRI + ROHAIDA + ADDIN = ZAMRIEDADDIN...our life


02 June 2006, status aku bertukar from single to married. Dengan rasmi nyer aku bergelar isteri kepada Zamri Bin Arifin...so sweet...bercinta 4 tahun, past tu kawin. pahit manis percintaan kita berbalas dengan kebahagiaan yang dikecapi skang. Masih terbayang-bayang lagi hari bersejarah tu...malam kawin paling sedih..arwah chek walikan aku kawin dengan berkerusi roda...dia sakit, kena tahan wad. tapi sebab aku nak kawin, dia mintak excuse balik umah, walikan kan aku.i'm the last child's wedding that him attend.tapi suma berjalan lancar..kenduri kawin aku sederhana jer, tp apa yang penting aku hepi...setan lak sedih....hehehehhee..ye la anak adam dah kawin, hubungan dah jadi halal, mau nyer dia x sedih...meraung-raung setan tgk kami kawin.