Friday, March 20, 2009

Party Nasi Kerabu

Hari ni, kitog kat CCD ni berparty sempena bos x der...huhuhuhuhu...n i'm the chief on dat day....sungguh x aku sangka..x penah2 aku masak nasi kerabu...tut..tup hari ni aku berjaya menghidangkan nasi kerabu kat suma....Kak Nita ler asyik duk suh aku masak nasi kerabu..risau gak kot x menjadi..pegi mintak resepi ngan Kak Teh. Mlm tadi aku godek2 sdiri resepi tu...fussss...sib baik menjadi....


RESEPI NASI KERABU KELATENESES by aku sdiri..hehehehehee

** sukatan ikut suka jer..belasah jer

Nasi
  • Beras
  • Bunga nasi kerabu...klu x der pakai pewarna biru jer
Sambal kelapa
  • Kelapa parut
  • Bawang merah
  • Bawang besar
  • Lada Besar
  • Serai
  • Ikan
  • Gula Melaka
  • Gara
Sambal Tumis
  • Santan
  • Bawang Merah
  • Bawang besar
  • Halia
  • Cili Kering
  • Serai
  • Asam keping
  • Gula Melaka

Budu
  • Budu
  • Cili Padi
  • Limau nipis
Sambal
  • Cili padi
  • cuka makan
  • gula
  • air
Ulam
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Daun Samak (aku x tau org panggil apa, tp kat kg aku ni ler nama nyer)
  • Daun selum (klu ikut resepi sebenar, daun ni x der, tp sebab nak byk'n ulam, aku masuk jer)

Tambahan.

  • Telur masin
  • kerepok goreng

cara-cara

  1. Nasi dimasak mcm biasa, cuma tambahkan perwarna jer.
  2. Kelapa parut digoreng tanpa minyak, dengan api perlahan sampi garing..kekuningan tp jgn hangit lak, past tu tumbuk sikit kelapa tu bagi hancur
  3. Ikan direbus dan dicarik halus, buang tulang tau
  4. Bawang merah, bawang besar, serai, gula melakadiblender (malas nak tumbuk) bersama.
  5. Campur kesemua bahan2 tadi, letak garam dan gaul rata. Klu kite blender bahan2 tadi, dia akan jadi sedikit basah. so , kite just panaskan dlm kuali. bagi sambal kepala ni kering sedikit.
  6. Bawang besar dan lada besar dihiris nipis, dan taburkan ke atas sambal kelapa tadi
  7. Untuk sambal tumis lak,blender bawang, halia, cili kering dan tumiskan dengan minyak sikt jer.
  8. tumis sampai garing, masukkan serai, gula melaka, asam keping, santan dan teruskan memasak sampai pecah minyak.jgn lupa letak garam lak.
  9. Untuk budu, potoong cili padi, perah limau nipis jer.
  10. Cili padi,cuka makan, gula, air diblender utk dijadikan sambal.
  11. Hiris halus kesemua bahan ulam dan digaul bersama. klu suka leh tambah ulam2 lain lagi.
  12. dah siap

    lupa lak nak snap gambar awal2....bila dah tinggal separuh baru teringat











No comments: