Monday, August 16, 2010

Entry compile untuk 3 hari di bulan puasa

Amik, aku nak compile menu2 di 3 hari puasa..maklum ler, aku ngan bukan blogger tegar..penyakit 'm' tu senantiasa berada di sisi. So, alang2 tu skali harung la kan..

Hari ke-3

Macam biasa, masih berbuka kat rumah. Berjaya mengekalkan rekod tak pegi pasar ramadhan cuma rekod ke kedai siam telah berjaya dipecahkan..hehehehe...

Juadah kami hari itu adalah seperti gambar di bawah:

1. sup tulang (beli kat kedai siam, mana sempat nak masak sendiri, kang ada yang sup selipar jepun)
2. Ayam goreng ditaburi bawang yang banyak (si besar dan si kecik kat rumah aku tu suka makan bawang niiii)
3. Sayur pucuk paku (balik keja, singgah pasar malam kejap, semata-mata nak beli pucuk paku, feberet ni)
4. Sira pisang (Mr. Abe bertanya kenapa sira pisang aku buat tak sama cam mak dia buat..halluuu memang ler tak sama..lain tangan yang buat..huhuhu)


Hari Ke-4

Hari ni special skit (skit jer, tak banyak pun)..maklumlah hari minggu kannnnn...wlpn hari minggu, aku still pegi opis gak (mencarik rejeki lebih, bekal raya) . Balik dari opis, rehat kejap past tu, ketang ketung aku berperang di dapur, menyiapkan juadah berbuka..Ye la, duit lebih dah carik, maka pahala lebih pun kena carik gak..orang kata kalau kita masak utk orang berbuka, pahala berlipat kali ganda kita dapat. Bulan Ramadhan kan bulan mulia, apa2 kebaikan yang kita buat demi Allah s.wt...insyallah dijanjikan balasan pahala. Dah la dapat pahala, malah dapat menjaga perut si suami lagik...amacam bang, stakat ari ni, ok tak masakan I. Alaaaaa....mesti ok kan, kalau tak tak der la u makan bertambah. Balik terawih pun u makan lagi kannnn....

1. Ikan siakap stim (resepi campak2 jer tp mabeles..addin sukaaa)
2. Cempedak goreng (sebijik hokey aku goreng...so, utk mengelakkan pembaziran aku hantar separuh ke rumah abe teh)
3. Teresek jantung pisang (aku tak tau nama komersial masakan ni...ala2 kerabu, tapi macam gulai yg kekeringan kuah pun ada...pendek kata gulai kerabu jantung pisang laaa)
4. Ulam kacang botol + jantung pisang rebus cicah

Hari Ke -5

Hari ni lagi special dari hari semalam...aku menganjurkan "Majlis Pot Luck Berbuka Puasa Bersama Adik-beradik"....tapi x cukup korum...Suha balik Banting, Zila pulak berbisnes di PD...anyway majlis berjalan lancar yer...Dah nama pot luck kan, so setiap sorg diminta utk membayar sejenis lauk, samada dimasak sendiri atau dibeli. Jangan bawak yang mentah sudahhh...Uhhh..mintak sejenis jer..tgk2 berjenis2 dorng bawak...sampai aku terpaksa kuarkan pinggan mangkuk dari almari...

Juadah di atas adalah sumbangan dari tuan rumah yakni aku sekeluarga, semua ni masak sendiri yer
1. Kerabu Perut
2. Kerabu Kaki Ayam
3. Ikan keli masak sambal
4. Sayur lemak labu
5. Ulam-ulaman

Sumbangan dari Keluarga Abe Teh
1. Ikan masak lemak dengan timun
2. Sayur pucuk manis dengan keledek


Sumbangan dari Keluarga Siti (semua beli kat pasar ramadhan niiii)
1. Ikan bakar percik
2. Lala masak cili
3. Kerabu sotong ala hotel 5 bintang - tiada dalam gambar
4. Nasi lemak warisan - tiada dalam gambar
5. Kuih akok - tiada dalam gambar
6. Buah rambutan -tiada dalam gambar
Sumbangan dari Keluarga Kak Long
1. Tembikai
2. Ikan bakar

Gambar sekitar kejadian...

1 comment:

PUSAT TERNAKAN KELI KANVAS PULAU PINANG said...

jom tgk blog ikan keli....macam2 ada..semua cerita tentang ikan keli...jom....